Carian
Suzuki Perlihatkan Skuter Elektrik Yang Boleh Menaiki Tangga
October 17, 2023 Effi Saharudin

Semakin kita berusia, semakin berkurangan kemampuan mobiliti peribadi. Penggunaan kerusi bukan penyelesaian terbaik kerana pelbagai kekurangan pada infrastruktur yang rata-ratanya tidak mesra OKU. Jepun mempunyai isu jumlah penduduk tua yang semakin meningkat. Bagi membolehkan golongan warga emas Jepun boleh berdikari, Suzuki menghasilkan skuter elektrik MOQBA yang bukan sahaja boleh digunakan dalam mod beroda tetapi juga berkemampuan menaiki tangga.

Suzuki Modular Quad Based Architecture (MOQBA) direka khusus sebagai kenderaan mobiliti warga tua di Jepun. Dengan infrastruktur untuk warga emas tidak begitu sempurna, sebuah kenderaan khas yang memudahkan warga emas bergerak sendiri perlu dibangunkan.

Skuter elektrik ini memang direka untuk warga emas tetapi terdapat beberapa model lain dengan tempat duduk berbaring yang berbeza dengan tubuh yang ditunggang seperti motosikal. Terdapat juga model yang hanya membawa kargo yang membolehkan MOQBA turut digunakan untuk tujuan penghantaran.

Pada ketika ini MOQBA masih sekadar konsep tetapi Jepun mempunyai sejarah menghasilkan kenderaan dan peralatan khas khusus untuk membantu warga emas seperti kerangka luaran.


Komen