Pada hari ini, terdapat 22 stesen DCFC di sepanjang Lebuhraya Plus dalam membantu pengguna kenderaan elektrik untuk mengecas kenderaan dan tiba di destinasi dengan selamat. Berkongsi lanjut berkenaan dengannya, PLUS hari ini ketika melancarkan stesen pengecas EV berbentuk modular, turut menyatakan mereka menyasarkan untuk mencapai sejumlah 40 stesen DCFC menjelang akhir tahun 2023 ini.

Disamping itu, mengikut pelan perancangan, PLUS menyasarkan untuk menyediakan 100 stesen pengecas pantas arus terus (DCFC) menjelang 2025, di rangkaian Lebuhraya PLUS.
PLUS turut memaklumkan yang mana beberapa poin pengecas AC di stesen minyak PETRONAS sedia ada sekitar kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah akan dinaik-taraf kepada poin pengecas DC Pantas (DCFC).