Carian
Apple Pencil Baharu Tiada Sokongan Mengesan Tekanan Atau Pengecasan Nirwayar
October 18, 2023 Effi Saharudin

Apple Pencil USB-C dilancarkan semalam pada harga RM399 sebatang. Ura-ura ia hadir dengan kepala bermagnet tidak menjadi kenyataan. Kepada yang ingin membeli Apple Pencil baharu ada dua perkara yang perlu anda sedari. Pertama sekali mata pena stylus baharu ini tidak menyokong pengesanan tekanan. Dalam hal ini ia tidak sebaik Apple Pencil generasi pertama yang menyokongnya.

Kedua ialah ia tidak boleh dicas secara nirwayar apabila disambungkan pada dok simpanan di sisi iPad. Pengecasan hanya boleh dilakukan menerusi port USB-C yang disokong di bahagian belakang Apple Pencil. Turut tiada ialah sokongan tap pada sisi tubuh untuk menukar alat yang digunakan dala aplikasi.

Maka pastikan akan membeli Apple Pencil yang paling serasi dengan keperluan anda. Jika anda memang tidak memerlukan sokongan tekanan atau pengecasan nirwayar, Apple Pencil USB-C boleh digunakan pada kesemua iPad di pasaran sekarang.

Komen