Carian
Windows 11 Dilaporkan Kini Aktif Di Lebih 400 Juta Peranti
October 18, 2023 Aman

Microsoft pada tahun lepas pernah berkongsi menyatakan platform Windows kini aktif digunakan pada 1.4 bilion peranti setiap bulan. Namun, ketika itu tidak diberikan perincian berkenaan penggunaan Windows 10 dan juga Windows 11.

Windows 11

Kini, mengikut laporan yang hadir, ia dikatakan terdapat sekitar 400 juta peranti aktif di dunia yang menggunakan Windows 11 setiap bulan. Microsoft dikatakan menyasarkan angka tersebut akan melangkaui 500 juta peranti aktif menjelang 2024 kelak. Angka ini dikatakan melangkaui apa yang diramalkan oleh gergasi perkomputeran berkenaan.

Windows 11 sedia menyertakan sejumlah pembaharuan menarik bersama dengannya, dan melalui kemaskini terkini ia turut menyertakan Windows Copilot yang menawarkan sokongan kecerdasan buatan dalam melakukan beberapa tugasan serta mendapatkan maklumbalas.

Buat masa ini, angka pengguna yang tinggi dilihat adalah melibatkan Windows 10. Mengikut desas-desus awal, Microsoft turut diperkatakan mungkin memperkenalkan sistem operasi Windows 12 seawal 2024 kelak.

Komen