PwC Bekerjasama Dengan OpenAI – Menggunakan Kecerdasan Buatan Dalam Menawarkan Perkhidmatan Kepada Klien
Aman
PwC merupakan salah firma perakaunan dan penyedia perkhidmatan profesional yang terkenal dengan panggilan “Big Four”. Terbaru, dengan ledakan arena kecerdasan buatan, PwC kini mengumumkan kerjasama dengan OpenAI dan akan menggunakan kecerdasan buatan dalam menjana nasihat kepada klien-klien dibawah mereka.

Ini merupakan sebahagian kaedah PwC dalam mengurangkan kos dan meningkatkan kadar produktiviti. Penggunaan sistem baharu ini juga membolehkan pelbagai projek berskala besar dilaksanakan dengan pantas – yang mana sebelumnya akan mengambil masa lama atau menelan kos tinggi.
PwC dijangka menggunakan kecerdasan buatan dalam sejumlah perkara melibatkan percukaian, perundangan, sumber manusia, dan melakukan pelbagai semakan dan kajian melibatkan sesuatu perniagaan. PwC menyatakan kerjasama ini bukan berasaskan kepada ChatGPT, dan tidak akan membawa kepada pengurangan tenaga kerja dalam masa terdekat.
Mengikut komen awal, ia dikatakan sistem kecerdasan buatan PwC ini kini beroperasi seumpama rakan kerja 25-tahun – memperlihatkan ia mampu melakukan pelbagai perkara kompleks dalam memudahkan tugasan.
PwC kini menggunakan sistem kecerdasan buatan ini di UK, dan menyasarkan untuk memperkenalkan ia di lebih 50 buah negara dalam masa beberapa bulan lagi.