WhatsApp kini menambah makluman pada halaman sokongan rasmi, menyatakan hanya akan menyokong Android 5.0 dan terkini selepas 24 Oktober 2023. Ini sekaligus akan membuatkan peranti yang menjalankan sistem operasi lebih lama berbanding Android 5.0 tidak lagi boleh menjalankan perkhidmatan permesejan WhatsApp.
Perkara ini adalah salah satu perkara yang biasa dilakukan pembangun aplikasi – dalam memastikan aplikasi mereka hadir dengan sokongan sekuriti terkini, dan menyertakan pelbagai teknologi moden terbaru.
WhatsApp pada hari ini menyokong versi Android 4.1 dan terkini, dan perkara ini akan berubah bermula minggu hadapan. Untuk makluman, versi terbaru Android adalah Android 14.