Carian
Grab Saver Delivery, Stamp Cards Antara Ciri Baharu Diperkenalkan Untuk Penjimatan Kepada Pengguna
October 18, 2023 Rihhadatul Aisy

Grab menambahbaik perkhidmatan dalam aplikasi mereka menerusi beberapa ciri tersedia iaitu Saver Delivery , Group Order dan GrabUnlimited Subscibe Plan. Menurut Grab penambahbaikan menerusi ciri dalam aplikasi berkenaan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi daya dan prestasi perkhidmatan mereka sekaligus memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pengguna aplikasi GrabFood.

Menerusi ciri Saver Delivery, Grab membolehkan semua pengguna menggunakan ciri berkenaan selama 24 jam sepanjang hari di semua jenis restoran seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan Grab. Penambahbaikan ini menjanjikan perkhidmatan dengan kadar caj penghantaran yang rendah menerusi pilihan tetapan penghantaran ‘Saver’. Walau bagaimanapun terdapat beberapa lagi pilihan tetapan penghantaran lain seperti Direct, Standard dan Order for later.

Seterusnya, Grab juga menambahbaik ciri Group Order dengan membolehkan ia disertai oleh kenalan yang ingin melakukan pesanan makanan bersama hanya dengan menggunakan kod QR serta penjejak pesanan dapat dikongsikan. Apa yang lebih menarik, Grab turut menyediakan fungsi pengiraan bil (smart bill calculation) yang memudahkan pengguna untuk membahagikan jumlah kadar bayaran tanpa perlu lagi menghintungnya secara manual tetapi fungsi ini masih lagi belum tersedia buat masa ini namun bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Ketiga, Grab juga menyediakan ciri plan langganan tanpa had iaitu GrabUnlimited Subscription Plans dengan senarai harga langganan baru yang dikatakan memberi kadar penjimatan yang lebih kepada pengguna. Langganan bermula daripada RM4.90 untuk langganan sebulan atau RM3.99 sebulan jika langganan selama setahun.

Berdasarkan penambahbaikan menerusi ketiga-tiga ciri dalam aplikasi berkenaan secara tidak langsung menunjukkan usaha Grab dalam menambahbaik perkhidmatan mereka dari masa ke masa.

Pengguna aplikasi perkhidmatan GrabFood juga bakal menerima maanfaat dan faedah penjimatan menerusi baucar makan di dalam restoran (dine-in vouchers) dan bukan melalui pesanan atas talian semata-mata.

Grab juga sedang menguji fungsi Stamp Cards yang membolehkan rakan peniaga memberikan ganjaran kepada pelanggan setia mereka dan secara tidak langsung meningkatkan kesetiaan pelanggan tidak kira menerusi pesanan atas talian mahupun di makan di kedai. Walaubagaimanapun, manfaat Stamp Cards ini hanya boleh dinikmati pengguna pada bulan November kelak.

Pengguna aplikasi Grabfood boleh memanfaatkan kesemua ciri penambahbaikan yang disediakan oleh Grab agar keuntungan penjimatan berganda ini dapat dinikmati sepenuhnya.

Komen