Carian
5 Pemenang Program OPPO Inspiration Challenge 2023 Bawa Pulang Geran Bernilai USD $50,000 
October 18, 2023 Amy Maizuraa

Program pemecut OPPO Research Institute Innovation 2023 peringkat global akhirnya melabuhkan tirainya hari ini dengan menyaksikan sebanyak lima kumpulan diumumkan sebagai pemenang utama.

Program akhir yang berlangsung di Changi Exhibition Centre, Singapura hari ini turut menyaksikan setiap pemenang menerima hadiah berupa geran projek bernilai  USD $50,000 (~RM237,100.00). Di samping pelbagai peluang untuk bantu mengembangkan lagi idea mereka termasuk pengkomersialan dan produ­­ksi, perkongsian strategik, pelaburan dan pendedahan di acara teknologi glob­­al.

Melihat secara umum perbentangan idea keseluruhannya lebih berkonsepkan kesihatan, biodiversiti dan kepelbagaian yang mampu menyediakan penyelesaian teknologi menarik. Kesemua idea tersebut juga telah dinilai dengan teliti oleh para juri professional berdasarkan empat kriteia iaitu kebolehsaknaan, inovasi serta keaslian, potensi jangka panjang dan nilai sosial.

Sebanyak 15 syarikat startup yang telah disenarai pendek, namun hanya lima daripadanya yang dipilih sebagai pemenang utama. Berikut merupakan senarai penuh pemenang berserta idea yang dibentangkan di program pada tahun ini:-

  • Eco-friendly Packaging Solution for OPPO Smartphones oleh Bluepha, China – Penyelesaian mesra alam yang mampan menerusi penggunaan bahan berasaskan bio yang boleh diperbaharui. Melaluinya mereka menghasilkan alternatif semula jadi sebagai pengganti kepada plastik konvensional dikenali sebagai Bluepha PHA (Polyhydroxyalkanoates). Ia merupakan sejenis polimer semulajadi daripada bahan mentah dan boleh diperbaharui.
  • Contactless Health Monitoring Technology oleh Aiverest, China – Penyelesaian untuk pemantauan berterusan kesihatan fizikal pengguna dalam kehidupan seharian. Ia membolehkan pengguna mengetahui status kesihatan diri dan keluarga pada bila-bila masa, bagi mengelak daripada berlakunya penyakit. Secara khususnya memfokuskan pada pemantauan kendiri di rumah untuk memantau pelbagai jenis gangguan tubuh seperti bacaan jantung, ritma jantung, pernafasan dan pola waktu tidur.
  • Surplus Wool for Protective Packaging oleh Woola, Estonia – Penyelesaian masalah pencemaran sisa plastik menerusi penggunaan lebihan bulu kambing biri-biri bagi menggantikan padding atau bubble wrap. Dalam erti kata mudahnya ia berfungsi sebagai pelindungan tambahan yang digunakan untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar.
  • Next-gen Didplays with Perovskite MicroLED oleh SkiteLight, China – Teknologi Mikrodisplay warna penuh berdasarkan MikroLED Chalcogenide. Mereka menyediakan alternatif menerusi paparan LED perovskite yang akan memaparkan warna lebih terang dan berpotensi lebih cekap tenaga. Dalam masa sama turut mengurangkan jumlah kos dan proses pengeluaran mudah untuk mempercepatkan kitaran pengeluaran.

  • Orbit Permenant Magnet-based 3D Tracking Technology oleh Ommo, US – Perintis teknologi penjejakan 3D berasaskan magnet kekal yang menyediakan sistem pengukuran enam darjah kebebasan (6DOF) dalam masa nyata sehingga 1000 kali sesaat di hampir mana-mana persekitaran.

Majlis penyampaian hadiah kemenangan turut mendapat kerjasama daripada Qualcomm, GSMA 5G IN, Amazon Web Services, dan LinkedIn selaku rakan kongsi bersama program. Untuk rekod sebanyak 687 proposal telah diterima daripada 66 negara/rantau sejak 8 Mei hingga tarikh penutup program pada 30 Jun yang lalu. Kemudiannya diikuti pula dengan tiga acara persembahan demo serantau yang berlangsung di Bangkok, Boston dan Shenzhen pada awal Ogos lalu.

Komen