Cari @ Amanz

Acara hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk peranti boleh lipat Oppo Find N3. Prestasi dan sistem kamera yang lebih baik turut menjadi keutamaan Oppo pada peranti ini. Rekabentuk juga dititikberatkan yang mana kini nampak lebih menarik dan moden, selain turut menerima perubahan seperti sisi lebih rata berbanding sebelum ini.

Melaluinya peranti kini mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat dengan tiga lensa kamera yang kekal dari pihak Hasselblad. Sebanyak tiga pilhan warna disediakan iaitu Green, Black dan Gold yang mana kesemuanya dilengkapi bahan binaan berbeza. Kemudian diikuti pula skrin sekunder sebesar 6.3-inci LTPO AMOLED bernisbah 20:9 dan kadar segar semula 120Hz.

Apabila dibuka pula peranti menawarkan skrin utama sebesar 7.8-inci LTPO AMOLED beresolusi 2440 X 2268 dan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0 digunakan untuk tunjang utama. Ini digabungkan pula dengan bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan 67W SUPERVOOC menerusi port USB-C.

Konfigurasi kamera terdiri dengan 48MP (lebar) + 48MP (ultra lebar) + 64MP telefoto, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP di luar dan 20MP di skrin utama. Turut disertakan ialah sistem imbasan cap jari sisi yang dintegrasi pada butang kuasa, diikuti pula dengan butang Alert Slider dengan tiga pilihan kawalan termasuk senyap.

Lain-lain spesifikasi termasuk rangkaian 5G terbina, NFC, bluetooth 5.3, tiga pembesar suara dengan Dolby Atmos dan menjalankan ColorOS 13 berasaskan Andoid 13. Bagi yang berminat peranti ini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM7,999 sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd