Cari @ Amanz

Google mengemaskini pelayar web Chrome dengan beberapa ciri yang membantu mereka yang tidak boleh menaip dengan baik. Kotak omnibox yang digunakan untuk menaip URL kini memberikan saranan yang lebih baik untuk laman web yang ingin dibuka. Saranan dilakukan berdasarkan carian yang pernah dilakukan sebelum ini oleh pengguna.

Kedua ia turut boleh membetulkan ejaan URL yang dimasukkan. Kadang kala anda mungkin tersalah menaip dan Chrome boleh mengagak URL yang sebenarnya. Saranan ejaan URL yang lebih tepat akan diletakkan di atas supaya boleh dipilih sendiri oleh pengguna.

Akhir sekali carian laman yang dimasukkan ke dalam folder penanda buku turut boleh dilakukan terus daripada omnibox. Ciri ini sudah boleh digunakan pada Chrome untuk desktop dan peranti pintar mudah alih.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd