Honor X9b dilancarkan di Arab Saudi secara mengejut dengan kesemua spesifikasi peranti ini akhirnya telah didedahkan. Ia dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED 120Hz, dipadankan pula dengan cip Snapdragon 6 Gen 1,memori 12GB RAM, memori 256GB dan storan 5800 mAh yang menyokong pengecasan 35W.
Kamera belakang adalah gabungan lensa sudut lebar 108MP, ultra sudut lebar 5MP dam makro 2MP. Sementara itu di depan pula kamera swafoto 16MP digunakan dengan ia diletakkan dalam lubang pada skrin. Peranti masih menggunakan sistem operasi MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13. Pengimbas cap jarinya pula terbina dalam skrin.
Yang masih belum diketahui ialah harga jualannya sahaja. Honor Malaysia sudah mengacah X9b akan memasuki pasaran tempatan tetapi tarikh serta harga jualannya juga masih lagi misteri ketika artikel ini ditulis.