Bagi anda yang menggunakan WinRAR, kini anda dinasihatkan untuk mengemaskini perisian tersebut ke versi terkini, sekaligus mengatasi masalah kerentanan sekuriti serius yang telah dikenal-pasti padanya.
Melalui analisa pihak Google TAG, ia didapati sejumlah pihak telah menggunakan kerentanan WinRAR sejak awal 2023 – yang membolehkan pengodam menjalankan kod mereka apabila pengguna membuka fail dalam sesuatu arkib seperti gambar PNG dan sebagainya. Ia dikatakan kerentanan ini telah digunakan dalam menyasarkan akaun-akaun dagangan kripto sejak April 2023 lepas.
Bagi anda yang menggunakan WinRAR, anda dinasihatkan untuk mengemaskini perisian anda kepada versi terkini, sekaligus mengelak jadi mangsa kerentanan sekuriti ini. Memandangkan tiada pilihan kemaskini automatik pada WinRAR, maka anda perlu lakukannya secara manual dengan memuat-turun versi terkini perisian berkenaan.