Bersama-sama pengumuman pihak Oppo, dua lagi subjenama yang beroperasi dibawah Oppo, iaitu Realme dan OnePlus – masing-masing mengumumkan perkara sama, dimana sokongan perkhidmatan awanan HeyTap Cloud tidak lagi akan disokong untuk pengguna Malaysia.
Dengan langkah ini, pengguna Realme dan juga OnePlus turut tidak boleh menggunakan ciri Cloud Sync, Cloud Backup dan Cloud Drive. Tiada sebarang data baharu yang akan boleh dimuat-naik selepas ini.
Pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini, terutamanya untuk sync akan bagi aplikasi Photos, Recorder dan Private Safe diminta untuk melakukan muat-turun data yang telah disimpan secepat mungkin sebelum ia dipadam sepenuhnya dari simpanan menjelang Mei 2024.