Cari @ Amanz

Oppo Pad 2 turut dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada hari ini. Ia menjadi model kesinambungan bagi Oppo Pad sebelum ini yang turut diberikan beberapa penambahbaikan menarik.

Melaluinya tablet ini dilengkapi dengan skrin sebesar 11-inci LCD beresolusi 2.8K Ultra HD dan kadar segar semula 144Hz. Skrin ini juga menyokong beberapa ciri tambahan seperti nisbah skrin mencapai 88.14%, kecerahan puncak 500nits dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion warna.

Turut disertakan ialah cip MediaTek Dimensity 9000, memori 8/12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256/256GB UFS 3.1 sebagai tunjang utama. Bateri pula sebesar 9510mAh dengan sistem pengecasan 67W yang boleh dicas semula menerusi port USB-C. Peranti juga memuatkan kamera utama 13MP (EIS) yang diikuti dengan kamera swafoto 8MP. Selain turut menjalankan perisian ColorOS 13.1 berasaskan Android 13 dan sokongan bluetooth 5.2 terbina.

Bagi yang berminat tablet ini dijual di Malaysia pada harga RM2,599 dengan pemberian hadiah percuma berupa papan kekunci (RM159), langganan Google One selamat enam bulan dan langganan YouTube Premium pula selama tiga bulan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd