Nokia mengumumkan akan membuang 14,000 atau bersamaan dengan 16% tenaga kerja mereka selepas melaporkan pengurangan jualan sebanyak 20% pada Q3 2023. Dalam tempoh yang sama keuntungan syarikat turut menyusut 69% berbanding suku yang sama tahun lalu. Permintaan untuk kelengkapan 5G yang semakin berkurangan menyebabkan penyusutan ini.

Amerika Syarikat yang merupakan pasaran kelengkapan 5G terbesar Nokia mencatatkan penyusutan jualan mencecah 40%. Dengan langkan pengurangan tenaga kerja ini, Nokia menyasarkan pengurangan kos antara 800 juta – 1.2 bilion Euro menjelang 2026.
Tahun 2023 bukanlah tahun yang baik untuk majoriti syarikat telekomunikasi. Pasca pandemik jualan masih belum kembali ke tahap pra-pandemik dengan jualan telefon pintar misalnya turun mendadak pada setiap suku setakat ini. Tekanan ekonomi dan harga peranti yang semakin mahal menjadi faktor kepada pengurangan ini.
- Sumber
- Reuters