Carian
Oppo Find N3 Boleh Membuka Semua Jenis Fail Termasuk Daripada Ekosistem Apple
October 19, 2023 Effi Saharudin

Oppo Find N3 dan N3 Flip dilancarkan hari ini dengan kedua-duanya juga akan dipasarkan di Malaysia. Pada hari yang sama Oppo turut melancarkan telefon pintar boleh-lipat ini di China dengan satu ciri yang kami rasakan amat unik. Menurut Oppo, Find N3 mempunyai kemampuan membuka 40 format fail termasuk CAD dan daripada ekosistem Apple seperti Keynote serta Pages.

Menurut Oppo lagi tiada aplikasi baharu atau pemalam diperlukan untuk membuka format fail yang sebelum ini tidak disokong pada peranti Android. Kami tidak dapat mencuba ciri ini pada Find N3 yang telah diulas kerana ciri ini nampaknya tidak disokong pada ColorOS 13.2 versi global. Terdapat juga tangkapan layar menunjukkan fail dari Find N3 boleh dihantar terus ke MacBook. Apakah sistem yang digunakan tidak pula kami ketahui pada waktu ini.

Ini kali pertama fail perisian Apple disokong pada peranti Android setahu kami. Kenapa ia hanya ditawarkan di pasaran China juga adalah misteri kerana Apple terkenal dengan prinsip walled garden mereka yang tidak memudahkan fail mereka dikongsi pada ekosistem pengeluar lain.

Komen