Cari @ Amanz

Generasi baharu peranti mercu siri Xiaomi 14 dijadualkan tiba pada bulan ini. Ia disahkan sendiri oleh Xiaomi menerusi kemaskini di Weibo. Dalam masa sama turut mendedahkan teknologi kamera pada peranti dibangunkan dengan kerjasama pihak Leica.

Melaluinya siri Xiaomi 14 dikatakan bakal dilengkapi kanta Leica Summilux yang direka khusus untuk telefon pintar. Kanta Summillix terkenal dengan kemampuan menghasilkan gambar yang berkualiti, dan penggunaannya pada Xioami 14 menandakan kali pertama kanta ini digunakan dalam peranti mudah alih.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu peranti generasi baharu Xiaomi ini juga bakal menggunak sensor imej dinamik professional baharu, yang kelak menjanjikan pengalaman fotografi mudah alih yang tiada tandingan. Sekaligus membolehkan peranti memberikan kualiti imej yang luar biasa secara konsisten. Namun tidak dipastikan variasi manakah yang bakal menggunakan teknologi tersebut memandangkan maklumat didedahkan buat masa ini agak terhad.

Gambar sekadar hiasan

Di samping penambahbaikan sistem kamera, Xiaomi juga dijangka memberi tumpuan terhadap prestasi. Di mana cip Snapdragon 8 Gen 3 besar kemungkinan digunakan sebagai tunjang utama peranti kelak. Dengan berbaki kurang dua minggu sebelum tamatnya bulan Oktober, Xiaomi dijangka mendedahkan lebih banyak mengenai peranti ini dalam masa terdekat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd