Carian
Netflix Menaikkan Harga Langganan Bulanan Di Beberapa Buah Negara
October 20, 2023 Effi Saharudin

Netflix mencatatkan peningkatan lebih 8 juta pelanggan baharu pada suku yang lalu. Kini mereka mempunyai 247 juta pelanggan bulanan aktif. Peningkatan ini didorong oleh pelanggan baharu kepada pelan dengan sokongan iklan yang dilancarkan tahun ini. Jelas tindakan menghalang perkongsian kata laluan tidak mendatangkan impak negatif kepada Netflix.

Netflix Logo

Pada waktu yang sama, Netflix mengumumkan harga langganan bulanan di Amerika Syarikat, UK dan Perancis akan dinaikkan bermula semalam. Hanya pelan Basic dan Premium sahaja dinaikkan sementara pelan dengan sokongan iklan dan Standard kekal. Kali terakhir Netflix menaikkan harga langganan di tiga negara ini ialah pada tahun 2022.

Belum diketahui sama ada Netflix akan turut meningkatkan harga langganan di pasaran lain. Di Malaysia tahun ini mereka mengurangkan harga langganan pelan Basic daripada RM35 ke RM28.

Komen