Cari @ Amanz

Lei Jun telah pun mengacah yang MIUI akan digantikan dengan HyperOS dan Xiaomi 14 menjadi peranti pertama menjalankannya. Sistem operasi ini masih lagi berasaskan Android tetapi dengan sedikit perubahan antaramuka serta dikatakan bukan penjenamaan semula sebaliknya dibina semula dari bawah.

Baru-baru ini, antaramuka HyperOS telah tertiris. Berdasarkan imej-imej ini ia masih lagi kelihatan seperti MIUI yang semua kenal cuma lebih kemas dan menawarkan lebih banyak kustomasi kepada pengguna. Beberapa aspek rekaan antaramuka turut kelihatan mirip iOS, yang mana satu perkara yang Lei Jun pernah katakan Apple adalah inspirasi beliau menubuhkan Xiaomi.

HyperOS turut menyokong kustomasi kunci skrin dengan pelbagai templat, mengubah rekaan jam, muka taip, widget serta pengubahsuaian imej latar yang lebih mendalam. Talam notifikasi dengan tetapan sistem turut kelihatan lebih kemas. Menurut GSMArena, imej-imej ini adalah berdasarkan versi awal HyperOS dan Xiaomi mungkin akan melakukan perubahan kepadanya. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut yang dijangka akan didedahkan pada hujung Oktober ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd