Sempena pelancaran peranti terbaru untuk edisi peminat iaitu Samsung Galaxy S23 FE baru-baru ini, Samsung menerusi acara Galaxy Space Fan Edition telah menawarkan promosi yang berbaloi kepada semua Samsung members, peminat dan #Galaxytroop. Galaxy Space Fan Edition ini adalah acara yang dianjurkan oleh peminat kepada peminat yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi permainan, fesyen, seni, muzik dan sukan. Menerusi acara ini Samsung memberikan pengalaman eksklusif dan pelbagai ganjaran khususnya untuk #GalaxyTroop.
Saya tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menghadiri acara yang dianjurkan Samsung kali ini. Menerusi promosi yang ditawarkan, pelbagai faedah dapat dinikmati. Pelanggan boleh mendapatkan peranti dan aksesori terpilih dalam siri Galaxy keluaran Samsung pada harga yang jauh lebih murah dari harga asal.
Terdapat 7 jenis aksesori terpilih yang boleh dibeli hanya pada harga RM23. Malah, dengan setiap pembelian peranti Galaxy S23 FE pelanggan akan menerima ganjaran eksklusif ‘Crazy Purchase With Purchase’ dimana mereka boleh memilih untuk membeli Galaxy Buds FE pada harga RM23 atau mendapatkan Galaxy Tab S9 FE dengan harga RM499.
Terdapat 4 jenis peranti ditawarkan iaitu Galaxy Z Flip5 pada harga RM2499, Galaxy A54 5G berharga RM999, Galaxy Watch5 Pro 45mm (BT) dengan harga RM799 dan Galaxy Tab A7 Lite LTE pada harga RM99. Samsung memberikan penjimatan sebanyak RM2000 bagi pembelian peranti-peranti terpilih ini menerusi promosi yang ditawarkan.
Antara peranti yang ditawarkan pada hari kedua promosi berlangsung ialah Galaxy Z Fold5 dengan harga RM4099, Galaxy A34 5G yang berharga RM799 dan Galaxy Buds FE yang hanya akan dijual dengan harga RM99. Kadar penjimatan yang ditawarkan pula meningkat sehingga RM2700.
Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik ialah kepada semua pelanggan yang hadir sepanjang tempoh promosi ini berlangsung berpeluang untuk menebus baucer satu tiket wayang dari TGV, satu baucer dari Inside Scoop serta satu botol air kopi percuma dari HWC Coffee.
Seterusnya, saya juga diberikan sebanyak dua kali peluang bagi setiap satu peranti Samsung yang saya miliki untuk memainkan Gashapon Machine. Banyak hadiah menarik yang disediakan termaksuklah beg tote daripada Mindfreakxx yang boleh dikustomasi mengikut pelekat pilihan masing-masing.
Sepanjang tempoh dua hari acara Galaxy Space Fan Edition ini diadakan, kesemua penawaran promosi bagi peranti dan aksesori terpilih telah habis dijual. Ramai pengguna peranti Samsung termasuklah saya mengambil peluang dengan memanfaatkan promosi yang ditawarkan oleh Samsung kali ini bagi mendapatkan peranti dan aksesori idaman dengan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi. Sebagai #GalaxyTroop, pelbagai faedah, manfaat dan ganjaran dapat diperoleh daripada Samsung disamping berpeluang merasai pengalaman eksklusif dan mendapatkan barangan-barangan edisi terhad.
Kepada mereka yang terlepas peluang untuk menghadiri acara Galaxy Space Fan Edition baru-baru ini jangan khuatir kerana anda boleh mendapatkan pelbagai lagi hadiah menarik daripada Samsung. Hal ini kerana, Samsung menunjukkan lagi penghargaan mereka terhadap pelanggan dengan menyediakan hadiah mingguan menerusi Finally Monday Epic Rewards secara eksklusif untuk semua ahli dan #GalaxyTroop. Terdapat pelbagai hadiah menarik disediakan pada setiap hari Isnin dan Samsung memberi jaminan bahawa kesemua hadiah yang mereka sediakan pastinya akan disukai oleh semua pengguna Samsung.
Dan berita baik bagi semua pemilik peranti Galaxy S23 FE dan Galaxy Tab S9 FE | Tab S9 FE+ untuk menyertai 23x FE Special Rewards Exclusive Contest untuk berpeluang memenangi satu lagi peranti Galaxy secara percuma. Antara hadiah yang disediakan ialah Galaxy Tab S9, Galaxy Watch5 Pro, Galaxy Buds2 Pro dan Galaxy Buds2 untuk dimenangi setiap hari. Pertandingan ini telah bermula sejak 21 Oktober 2023 yang lalu sehingga 12 November 2023.
Kepada mereka yang berminat, anda boleh menyertainya sebelum tempoh pertandingan berakhir pada 12 November 2023 nanti. Jadi untuk membolehkan anda menikmati semua ganjaran menarik daripada Samsung ini, dapatkan Samsung Galaxy S23 FE dan Galaxy Tab S9 FE ini sekarang di cawangan Samsung yang berhampiran atau boleh dibeli secara atas talian di laman rasmi mereka.
- Beli: Samsung Galaxy S23 FE
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia