Adakah anda gemar membuat poll atau juga dikenali sebagai tinjauan pendapat untuk mengumpul pengetahuan mahupun maklumat mengenai pendapat umum? Nampaknya ciri tersebut bakal ditawarkan ke bahagian komen di Instagram pula tidak lama lagi.
Ia berikutan Instagram dilaporkan sedang menguji ciri tersebut yang bukan sahaja menjadikannya platform itu lebih menarik. Malahan turut bantu meningkatkan penglibatan pengikut masing-masing dalam memberi pendapat.
Melihat tangkap layar dikongsi penggunaannya lebih kurang sama seperti ciri polls pada Stories, yang mana pengguna dibenarkan membuat sehingga empat pilihan tinjauan pendapat. Kemudiannya pengguna turut boleh melihat peratusan untuk setiap pilihan undian umum.
Namun begitu, masih tidak jelas mengenai tempoh masa undian, sama ada kekal terbuka selepas disiarkan, atau pengguna akan mempunyai tempoh masa tertentu untuk menerima undian.
Pada masa sama, Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram turut menyatakan bahawa kebolehan itu masih diperingkat ujian kecil setakat ini. Di mana, hanya beberapa pengguna yang dapat mencubanya sebelum dilancarkan kepada semua tidak lama lagi.