Carian
Samsung Dilaporkan Ingin Menjual Sekitar 20 Juta Telefon Boleh-Lipat Pada 2024
October 23, 2023 Aman

Samsung pada hari ini sedia menerajui arena telefon boleh-lipat dengan penawaran telefon pintar Galaxy Z Fold dan juga Galaxy Z Flip. Kini, mengikut laporan awal The Elec dari Korea Selatan, Samsung dilaporkan menyasarkan untuk menjual sekitar 20 juta unit telefon pintar dengan rekaan skrin boleh-lipat pada 2024 kelak.

Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan berbanding sasaran 15 juta untuk tahun 2023 ini.

Arena telefon boleh-lipat sendiri menerima perhatian ramai pada tahun ini, termasuk penyertaan pelbagai pengeluar lain dengan lebih serius termasuk Google, Xiaomi, Huawei, Honor, malah juga Tecno. Hal ini sekaligus dijangka akan membawa kepada persaingan sihat dan pembangunan teknologi skrin boleh-lipat dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah penambah-baikkan yang akan hadir pada telefon boleh-lipat generasi ke-6 Samsung kelak pada 2024.

Komen