Cari @ Amanz

OpenSignal kini telah mengeluarkan laporan terbaru yang membandingkan rangkaian telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan 5G di dunia. Melalui perbandingan yang diperlihatkan, Unifi Mobile dilihat mempunyai kadar muat-turun purata yang paling laju di dunia – mencapai kadar sekitar 407.4-421.7Mbps di dunia.

Turut menduduki tangga sama dengan Unifi adalah Telenor di Sweden. Selain Unifi, dalam kategori sama juga, Digi turut dilihat mempunyai kadar muat-turun purata antara yang tertinggi di peringkat global.

Selain itu, mengikut perkongsian OpenSignal, Yes dan U Mobile turut mempunyai liputan 5G yang luas di dunia, sementara Digi menawarkan pengalaman permainan video menggunakan 5G yang baik, diikuti Celcom dan U Mobile.

Agak menarik untuk melihat pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan tersenarai di tangga teratas – disebabkan oleh penggunaan rangkaian tunggan DNB di Malaysia pada hari ini.

Sama-sama kita berharap tangga berkenaan dapat terus dikekalkan dengan lebih ramai menggunakan rangkaian 5G di Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd