Cari @ Amanz

Oppo dan subjenama OnePlus, bersama-sama dengan pengeluar skrin BOE kini menjadualkan sebuah acara khas pada 24 Oktober 2023 ini, dimana mereka menyasarkan untuk memperkenalkan skrin baharu yang dibangunkan BOE.

Menariknya mengenai skrin ini, ia dijangka menawarkan kadar keterangan dan kecerahan yang paling tinggi dalam pasaran, iaitu mencapai 3000-nit. Panel skrin ini dijangka hadir dengan kadar resolusi 1440p. Disamping itu, ia dikatakan BOE turut mungkin mempunyai kejutan pembangunan skrin dengan kadar kecerahan lebih tinggi.

Beberapa spekulasi turut menyatakan panel ini mungkin digunakan oleh Oppo pada telefon pintar OnePlus 12 akan datang kelak.

Untuk makluman, sebelum ini Apple sedia memperkenalkan Apple Watch Ultra 2 dengan kadar kecerahan mencapai 3000-nit.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd