Carian
Fedora Slimbook Adalah Komputer Riba Dengan Rekaan Nipis Dan Hadir Bersama Fedora Linux
October 23, 2023 Aman

Fedora Linux merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux yang popular, dan digunakan ramai secara meluas. Terbaru, mereka turut bekerjasama dengan pengeluar komputer riba, dan hadir dengan Fedora Slimbook.

Fedora Slimbook merupakan komputer riba pertama yang hadir bersama sistem operasi Fedora secara terbina. Ia dilengkapi dengan skrin 16-inci dengan resolusi 3K, dijana cip Intel Core i7-12700H, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti, memori sehingga 64GB RAM, dan storan sehingga 4TB Nvme SSD.

Dari segi spesifikasi sendiri, ia dilihat menawarkan spesifikasi yang tinggi, sekaligus membolehkan komputer riba ini digunakan untuk pelbagai tujuan.

Walaubagaimanapun, dari segi harga, ia agak premium, dimana model yang hadir dengan 16GB RAM dan 500GB SSD ditawarkan pada harga bermula €1799, iaitu sekitar RM9,100. Pihak penjualnya turut menyatakan pendapatan hasil jualan sebanyak 3% akan turut disumbangkan kembali kepada pihak GNOME Foundation.

Komen