Dengan kemajuan teknologi dan internet yang serba pantas di rumah sekarang, anda kini tidak lagi perlu ke panggung wayang untuk menikmati pengalaman menonton filem di skrin yang besar dimana anda perlu menunggu masa tontonan, melihat iklan, dan menunggu para penonton lain untuk ke tempat duduk mereka.
Televisyen pintar hari ini hadir bukan sahaja dengan penawaran skrin yang besar, malah tampil dengan pelbagai teknologi yang memperlihatkan olahan warna yang lebih jitu, warna hitam sebenar semuanya didalam ruang tamu rumah anda sahaja.
Seperti yang dikatakan, televisyen-televisyen pintar sekarang hadir dengan pelbagai jenis saiz, dari yang biasanya, 32 inci, 50 inci, sehinggalah ke 75, 85 dan juga 98 inci yang benar-benar memberikan kepuasan tontonan di rumah seakan-akan anda berada di panggung wayang.
Saiz paparan yang besar ini, apabila dipadankan dengan nilai kecerahan yang tinggi, teknologi olahan gambar dan filem seperti HDR, sokongan olahan warna DCI-P3 dan sebagainya menjanjikan olahan warna dan juga kualiti tontonan yang menakjubkan tidak kira situasi bilik anda adalah gelap ataupun terang.
Pilihan tontonan anda juga tidak terhad kepada mana-mana filem sahaja. Televisyen sekarang hadir dengan fungsi-fungsi pintar yang membolehkan anda memuat-turun dan melanggan pelbagai aplikasi tontonan video seperti YouTube, Netflix, Prime Video, Disney+ HotStar dan sebagainya yang memberikan anda beratus, malah beribu jam tontonan yang menghiburkan.
Dalam pada itu, televisyen-televisyen pintar ini juga boleh dimanfaatkan oleh anak-anak, ataupun anda sendiri dengan konsol-konsol permainan terbaru seperti Sony PlayStation 5 dan juga Microsoft Xbox Series X dan Series S.
Sebagai contoh, televisyen Samsung Neo QLED 8K QN800C hadir dengan sokongan untuk teknologi seperti Variable Refresh Rate yang memastikan bahawa output grafik dan juga kadar segar semula paparan adalah selari dan tiada isu screen tearing diperlihatkan.
Televisyen ini juga mempunyai mod-mod permainan yang boleh diubahsuai untuk kesesuaian jenis permianan yang dimainkan, seperti FPS, MMO, perlumbaan dan lain-lain.
Sokongan untuk teknologi sambungan terbaru seperti HDMI 2.1, DisplayPort 1.4, USB 3.2. malah Bluetooth 5.2 dan WiFi 6E memastikan bahawa televisyen anda dapat menstrim kandungan pada resolusi yang setinggi mungkin tanpa sebarang isu terhadap kualiti video yang diperlihatkan.
Kebanyakan televisyen pintar hari ini juga hadir dengan rekaan yang serba nipis dan elegen, dan boleh juga dilihat sebagai pelengkap ruang tamu dan boleh digunakan sebagai pemula perbualan, cara untuk menghiburkan anak-anak dan juga ahli keluarga yang ramai.
Sebagai contoh, Samsung Neo QLED 8K QN800C hadir dengan sebuah kotak yang dinamakan One Connect yang merumahkan kesemua semua palam-palam yang secara lazimnya dimuatkan di bahagian belakang sebuah televisyen.
Perkara ini dilakukan untuk membolehkan Samsung membina televisyen mereka dengan rekaan yang tersangat nipis, sambil mengalihkan semua palam-palam ke komponen lain supaya bahagian televisyen kekal kemas dan bebas daripada selirat kabel.
Bergantung kepada jenis televisyen, anda juga mempunyai pilihan untuk meletakkan televisyen pintar anda diatas meja, ataupun menggantungnya di dinding menggunakan berkas VESA untuk pemasangan yang lebih cekap dan memberikan lebih banyak ruang untuk aksesori-aksesori lain seperti pembesar suara dan sebagainya.
Bercakap mengenai pembesar suara, kebanyakan televisyen pintar hari ini juga mempunyai pembesar suara terbina yang cukup berkuasa yang tidak lagi memerlukan penggunaan pembesar suara yang asing untuk memaksimakan impak tontonan di televisyen.
Sebagai contoh, televisyen Samsung Neo QLED QN800C mempunyai sistem pembesar suara terbina 4.2.2 dan menyokong teknologi audio dan menyokong teknologi audio Dolby ATMOS dan juga DTS TruSurround yang memberikan pengguna pengalaman bunyi sekeliling tanpa perlu membelanjakan terlalu banyak wang untuk perkakasan-perkakasan tambahan.
Jika wang bukan halangan, televisyen pintar bersaiz besar dengan teknologi-teknologi terbaru ini pastinya akan memuaskan hati dan kehendak tontonan filem, siri televisyen dan juga permainan komputer anda.
Penat-lelah seharian pasti akan hilang dengan begitu sahaja apabila anda ada secangkir kopi di satu tangan, dan alat kawalan televisyen di satu lagi tangan, bersama dengan keluarga yang tersayang menonton ceritera-ceritera yang akan menghiburkan seisi keluarga.
Terdapat banyak televisyen bersaiz besar dan seiring perkembangan teknologi, pelbagai harga yang ditawarkan untuk televisyen bersaiz besar, bergantung kepada jenama dan juga ciri-ciri yang dibawakan. Didalam artikel ini adalah TV Samsung Neo QLED 8K QN800C bersaiz 75-inci yang dijual pada harga RM 22,699 serta sarat dengan fungsi, kecanggihan dan juga kualiti audio Dolby Atmos.
- Beli: