Carian
Instagram Menguji Ciri Menghasilkan Pelekat Dengan Gambar Sendiri
October 23, 2023 Fahim Zahar

Instagram telah mengumumkan ciri mencipta pelekat dengan menggunakan imej sendiri atau gambar terpilih di platform mereka. Pelekat ini boleh digunakan pada Stories atau Reels dan lebih menarik ia boleh mengesan subjek secara automatik dan membuang latar belakang.

Ciri ini sedia terbina pada Stories dengan ikon gunting dengan teks “CREATE” di paparkan pada skrin. Selepas ditekan, pengguna boleh memilih gambar di dalam peranti. Instagram akan memilih subjek secara automatik atau pengguna boleh memilih sendiri dengan hanya sentuh kawasan di dalam imej yang ingin dijadikan pelekat.

Dalam ujian kami, pelekat yang dihasilkan cukup berkualiti dan kemas tanpa ada baki latar belakang tertinggal. Pelekat ini kemudiannya boleh diubah saiz untuk digunakan pada kandungan yang ingin dikongsi di Stories atau Reels. Pelekat tadi turut akan disimpan untuk digunakan semula yang pengguna boleh akses di bahagian “Your stickers” dan tekan “See all“.

Buat masa ini, ciri mencipta pelekat masih di fasa ujian dan hanya segelintir pengguna sahaja boleh menggunakannya. Ujian yang saya lakukan adalah menggunakan iPhone 14 milik rakan sekerja saya kerana kedua-dua iPhone dan peranti Android saya gunakan masih tidak memiliki ciri ini.

Komen