Carian
Fujifilm Instax Pal Disenaraikan Pada Harga Bermula RM488 Di Malaysia
October 23, 2023 Amy Maizuraa

Fujifilm Instax Pal telah dilancarkan dengan gabungan beberapa elemen berbeza berbanding produk sedia ada. Ini termasuklah tubuh bersaiz kompak sebesar tapak tangan. Seterusnya tiada kebolehan untuk cetakan segera sebaliknya memerlukan sambungan bluetooth dan cetakan boleh dibuat menggunakan kamera Instax lain.

Berkongsi lebih lanjut harga jualannya telah mula disenaraikan menerusi laman web rasmi. Ia dijual bermula RM488 untuk pilihan warna Powder Pink, Pistachio Green, Lavender Blue dan Milky White. Kemudiannya meningkat kepada RM588 pula untuk versi lebih premium Instax Pal Gem Black dengan tubuh berkilat.

Melihat dengan lebih menyeluruh ia dilengkapi sensor CMOS 4.9-megapiksel, bersama kawalan pendedahan yang boleh mengoptimumkan kelajuan pengatup secara automatik antara 1/4 hingga 1/8000 saat.

Sensor juga menyokong julat ISO standard diantara 100 – 1,600, di samping lensa sudut lebar yang amat berguna untuk tangkapan imej lebih pelbagai. Turut disertakan sehingga 18 penuras terbina yang turut membenarkan pengguna menambah tesk dan pelekat pada gambar.

Gambar boleh diambil menggunakan butang fizikal terbina khusus, kemudian pembesar suara terbina membolehkan tangkapan imej menggunakan kawalan suara dibuat dengan mudah.

Komen