Cari @ Amanz

TikTok pada hari ini sedia membolehkan para pengguna memuat-naik video berdurasi sehingga 10 minit. Ini sekaligus memudahkan perkongsian kandungan dengan tempoh tontonan lebih lama lebih mudah melalui platform tersebut.

Menariknya, kini ia dilihat TikTok turut menguji kebolehan memuat-naik video berdurasi sehingga 15 minit pada platform mereka. Ciri ini mula diperkenalkan secara berperingkat kepada beberapa pengguna di TikTok.

TikTok App

Dengan langkah ini, ia memberikan kemudahan untuk penerbit kandungan memuat-naik satu kandungan yang penuh tanpa perlu pecahkan ia kepada beberapa bahagian di TikTok. Disamping itu, ramai juga turut membuat spekulasi langkah ini akan membuatkan ia lebih dekat bersaing dengan YouTube – memandangkan TikTok pada awalnya menjadi platform perkongsian video pendek, tetapi kini meningkatkan masa perkongsian sehingga 15 minit.

Bagi anda, apa pendapat anda berkenaan dengan perubahan ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd