Apabila bercakap mengenai CPU komputer riba, AMD tampak hadir dengan sejumlah besar penawaran untuk pelbagai jenis rekaan, tetapi dua CPU paling berkuasa mereka didalam siri ini ialah AMD Ryzen 9 7945HX dan AMD Ryzen 9 7845HX yang secara lazimnya akan dimuatkan didalam komputer-komputer riba gaming paling berkuasa mereka.
Terkini, terdapat ura-ura yang dilaporkan bahawa AMD akan memperkenalkan dua CPU komputer riba gaming baru yang akan hadir untuk mereka yang masih mahukan sebuah komputer riba gaming dengan CPU berkuasa, tetapi tidak mahu membayar tanda harga tinggi untuk CPU yang dikatakan sebelum ini.

Dinamakan AMD Ryzen 9 7940HX dan AMD Ryzen 9 7840HX, kedua-dua CPU ini dijangka akan hadir dengan jumlah teras yang sama, pada 16 dan 12 teras fizikal dan dua kali ganda jumlah bebenang kuasa, tetapi dengan kelajuan pemprosesan yang lebih rendah, membolehkan mereka menawarkan produk yang lebih rendah, tetapi membolehkan mereka mengekalkan tahap keuntungan sama dengan penawaran terbaik mereka.
Oleh kerana kewujudan komponen ini masih tidak diketahui secara rasmi, ia tidak diketahui lagi bilakah AMD akan memperkenalkan siri cip pemprosesan ini. Apa yang baiknya ialah oleh kerana ia masih lagi dua model cip pemprosesan yang sama seperti sebelum ini, komponen ini boleh dimuatkan kedalam komputer riba sedia ada.