Matter ialah perisian sokongan yang dibangunkan oleh Connectivity Standards Alliance pada tahun lepas untuk menyeragamkan sokongan untuk peranti-peranti IOT (Internet of Things) untuk membolehkan peranti-peranti ini disambungkan dan dikawal dengan mudah tidak kira platform yang anda gunakan, samada ia Apple Home, Google Home, Samsung SmartThings ataupun Amazon Alexa.
Melalui piawaian Matter ini, perkakasan seperti mentol, suis, soket elektrik, kunci rumah, kamera litar tertutup dan sebagainya sudahpun boleh hadir dengan fungsi pintar, dimana ia boleh dikawal menggunakan peranti pintar anda dari mana-mana sahaja melalui sambungan internet.
Terkini, piawaian Matter 1.2 telah diperkenalkan oleh CSA, dan dengannya, penambahan sokongan untuk sembilan perkakasan rumah, termasuklah robot pembersih hampagas, peti sejuk, alat penghawa dingin, penggera asap, kipas, mesin membasuh pinggan mangkuk. mesin basuh, pengimbas kualiti udara dan
Kenyataan yang dikeluarkan oleh CSA ini juga memperlihatkan ciri-ciri penggunaan yang disokong oleh Matter dan boleh diimplimentasi, seperti pengaktifan dan penutupan jarak jauh, kawalan suhu untuk penghawa dingin dan peti sejuk, notifikasi pembasuhan untuk mesin basuh, notifikasi kualiti udara didalam rumah untuk penggera kualiti udara dan asap dan sebagainya.
Dengan pengumuman sokongan Matter 1.2 ini, para pembuat perkakasan rumah boleh mula menambahkan ciri-ciri pintar pada produk mereka yang menyokong platform-platform kawalan peranti pintar terbesar di dunia.
Sokongan untuk perkakasan-perkakasan terbaru ini adalah satu langkah yang sangat baik oleh Matter, yang mana ia dijangka akan diterima baik oleh jenama-jenama perkakasan terkemuka seperti Samsung, LG, Whirlpool (memiliki KitchenAid, Maytag), Haier dan sebagainya.
Walaupun begitu, ia tidak diketahui sekiranya jenama-jenama ini akan memanfaatkan piawaian IoT terbaru dalam masa terdekat ini, tetapi jangkaannya ialah sekurang-kurangnya ia kini boleh dimanfaatkan untuk produk-produk di masa hadapan.