Carian
OnePlus Dan Realme Akan Menghentikan Pengeluaran Televisyen Di India
October 25, 2023 Fahim Zahar

Selain aktif dalam pengeluaran telefon pintar, OnePlus dan Realme juga turut memasarkan televisyen pintar yang menjalankan Android TV dan Google TV dibawah jenama masing-masing. Kebanyakan televisyen OnePlus dan Realme hanya dijual di India, kecuali Realme yang ada menawarkan beberapa model untuk pasaran Malaysia.

OnePlus TV

Times of India baru-baru ini melaporkan yang dua syarikat di bawah BBK Electronics ini akan menghentikan terus pengeluaran televisyen khusus untuk pasaran India. Tiada sebab yang diberikan oleh dua jenama ini dan sumber menyatakan ia adalah keputusan yang mengejutkan kerana televisyen ini menerima permintaan yang tinggi.

Perkara ini masih tidak pasti akan terkesan di Malaysia ataupun tidak kerana bulan Jun lepas, Realme telah pun melancarkan televisyen baharu mereka di sini. Mungkin perubahan strategi ini akan memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan lagi pengeluaran peranti kategori lain.

Komen