Orang ramai khususnya peminat jam tangan G-Shock di Malaysia dijemput memeriahkan reruai utama jenama berkenaan di Centre Court Pavilion Kuala Lumpur, di sini. Ia diadakan bersempena sambutan ulang tahun G-Shock ke-40 dan berlangsung hampir seminggu bermula hari ini, 24 Oktober 2023.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang menanti pengunjung sepanjang hari penganjuran, antaranya seperti pameran koleksi jam tangan terbaik dari pelbagai siri keluaran G-Shock. Ini termasuklah untuk siri Clear Remix, Remaster Black, Recrystallized, Adventurer’s Stone, Flare Red series, sehinggalah siri eksklusif kerjasama G-SHOCK x Eric Haze.
Selain itu pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat setiap koleksi yang dipamerkan. Seterusnya menawarkan pengalaman yang mendalam bagi pengunjung yang ingin memahami lebih mendalam tentang konteks serta evolusi pembuatannya. Ini termasuklah siapa yang menjadi perintis atau memulakan pembuatannya, status ikonik semasa sehinggalah evolusi yang berlaku.
Kemeriahan reruai ini diteruskan lagi dengan pameran potret dan koleksi edisi terhad untuk siri eksklusif bersama beberapa artis yang berkolaborasi bersama G-Shock. Dalam pada itu pengunjung turut boleh membeli t-shirt edisi terhad G-SHOCK x 88rising secara eksklusif pada RM139 setiap satu. Untuk rekod semua, Malaysia merupakan persinggahan terakhir untuk jerayawara ini.