Spotify hari ini berkongsi perkembangan terkini syarikat penstriman audio berkenaan, dimana ia terus memperlihatkan peningkatan positif dari segi pengguna dan pendapatan untuk suku ketiga 2023 ini.
Melalui perkongsian Spotify, kini mereka mempunyai 574 juta pengguna aktif bulanan, dengan 226 juta pelanggan berbayar pada platform tersebut.

Dengan capaian ini, Spotify kini menyasarkan untuk meningkatkan angka pengguna mereka mencapai lebih 601 juta pengguna aktif bulanan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Pada tahun ini, Spotify sedia memfokuskan kepada arena buku audio, dan turut dijangka memperkenalkan pelan berbayar berharga lebih mahal tidak lama lagi yang menawarkan kualiti audio lebih tinggi.