Cari @ Amanz

Automattic, syarikat sebalik WordPress dan juga Tumblr, kini turut mengumumkan pengambil-alihan satu lagi perkhidmatan popular, iaitu Texts.

Texts merupakan salah satu aplikasi permesejan yang mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan di dalamnya, dan memudahkan anda menguruskan komunikasi. Anda boleh menghubungkan perkhidmatan WhatsApp, Telegram, Signal, Messenger dan sebagainya pada Texts, dan seterusnya mengikuti perbualan terus melalui Texts sahaja.

Ini sekaligus memudahkan pengurusan perkhidmatan permesejan di satu lokasi dengan mudah dan tidak perlu membuka pelbagai aplikasi berbeza untuk pengurusan permesejan dan komunikasi.

Automattic menyatakan mereka sebelum ini telah mulakan dengan WordPress yang memudahkan penerbitan, dan seterusnya memperluaskan kepada sokongan edagang melalui WooCommerce, Pocket Cast untuk audio, dan perkongsian sosial melalui Tumblr. Dengan pengambil-alihan Texts, Automattic kini turut menyertai arena permesejan yang turut mempunyai persaingan tinggi di pasaran. Dengan pengambil-alihan ini, ia turut diumumkan Texts bakal diperkenalkan untuk peranti mudah-alih tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd