Apple hari ini membuat kejutan dan mengumumkan akan mengadakan sebuah acara khas pada minggu hadapan, dengan tema “Scary Fast” (“Laju Gila”). Pengumuman ini hadir selari dengan laporan sebelum ini yang menyatakan Apple akan memperkenalkan siri Mac baharu pada penghujung Oktober ini.
Acara Apple ini akan diadakan secara atas-talian, dan boleh ditonton semua seluruh dunia.
Mengikut desas-desus sebelum ini, ia dikatakan Apple mungkin memperkenalkan iMac baharu bersama-sama kemaskini pada keluarga MacBook Pro. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan hadir bersama cip Apple M3 baharu, atau sebaliknya.
Dengan perkongsian terbaru Apple ini, sama-sama kita ikut pengumuman Apple ini pada 31 Oktober ini, sekitar 8 pagi waktu Malaysia.