Berapa banyak peranti dengan cip Snapdragon di dunia hari ini? Jika anda pernah tertanya-tanya mengenai soalan ini jawapannya ialah lebih 3 bilion peranti menurut Don McGuire, CMO Qualcomm di acara Snapdragon Summit hari ini.
Peranti in terdiri daripada telefon pintar, tablet, jam tangan pintar, aksesori audio, komputer riba dan juga automotif. Menurut McGuire lagi, pengguna kini sanggup membayar sehingga 16% lebih mahal semata-mata untuk mendapatkan peranti dengan cip Snapdragon.
Dapat dilihat tahun ini Snapdragon 8 Gen 2 mempunyai prestasi dan ketahanan terbaik pada peranti Android. Dengan Snapdragon 8 Gen 3 akan dilancarkan juga hari ini, jurang Qualcomm dengan pesaing mungkin akan semakin besar.