Carian
CPU Oryon Akan Digunakan Pada Cip Snapdragon Mudah Alih Bermula Tahun 2024
October 25, 2023 Effi Saharudin

CPU Oryon diperlihatkan hari ini pada cip Snapdragon X Elite yang menurut Qualcomm adalah cip komputer mudah alih paling berkuasa di pasaran sekarang. Dengan prestasi yang tinggi ini, adalah menarik apabila CEO Qualcomm, Cristiano Amon mengumumkan CPU Oryon digunakan pada cip peranti mudah alih keluaran mereka pula pada tahun 2024.

Oryon akan menggantikan CPU Kryo yang digunakan pada siri Snapdragon 8 dan Snapdragon 7 sekarang. Kerana kuasanya yang tinggi, tidak melampau untuk meramalkan Snapdragon 8 Gen 4 adalah cip mudah alih terawal yang akan menggunakan Oryon. Selepas ini mungkin akhirnya peranti mudah alih Android akan dapat menjalan permainan video yang dibangunkan untuk PC sama seperti yang dilakukan oleh Apple menerusi A17 Pro.

Pihak Qualcomm masih sedikit berahsia mengenai apakah yang akan dilakukan bagi mencapai prestasi yang tinggi ini. Kami hanya akan dapat menguji sendiri kemampuan X Elite dalam sesi secara langsung esok. Nantikan pandang pertama kami dalam masa terdekat.

Komen