Beberapa tahun lepas, kita sedia melihat beberapa peranti konsep diperlihatkan dengan rekaan skrin boleh-lentur – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti dalam kaedah yang serba baharu. Hari ini, Lenovo meneruskan konsep berkenaan dengan memperlihatkan penggunaannya melalui teknologi skrin yang dikemaskini.
Melalui konsep yang dipaparkan, Lenovo memperlihatkan sebuah rekaan telefon yang boleh ditekapkan kepada tangan, dan ia melengkung mengikut tangan sekaligus berubah menjadi sebuah jam tangan.
Lenovo mengatakan ia dijayakan melalui penggunaan panel pOLED dengan paparan FHD+.
Buat masa ini, ia sekadar konsep sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah teknologi seumpamanya akan cukup matang dalam menawarkannya dalam bentuk komersil secara meluas.
Bagi anda, apakah kata anda berkenaan penawaran teknologi baharu ini?