Bloomberg kini melaporkan yang Apple akan membangunkan semula aplikasi Apple TV sebagai hab penstriman, sekaligus memberikan nafas baharu pada aplikasi memfokuskan kandungan video berkenaan. Apple turut dikatakan akan membuang bahagian membeli dan menyewa kandungan, sebaliknya hanya akan fokus kepada platform penstriman melalui kemaskininya kelak.
Aplikasi baharu ini akan membenarkan pengguna melanggan dan terus mengakses Apple TV+, Prime Video dan platform pestriman lain. Apple TV serba baharu ini dijangka akan diperkenalkan pada kemaskini tvOS yang dijangka tiba sekitar Disember 2023.
Apple TV baharu turut akan mempunyai antaramuka yang lebih mesra pengguna seperti panel sisi di sebelah kiri untuk mencari kategori video, selari dengan kebanyakan platform penstriman seperti Netflix dan lain-lain. Kemaskini aplikasi ini turut akan diperkenalkan pada peranti-peranti Apple, kotak Apple TV dan televisyen pintar lain yang sedia menyokong aplikasi Apple TV.