Carian
YouTube Music Kini Menyokong AI Generatif Untuk Imej Kenit Pada Senarai Main Lagu
October 26, 2023 Fahim Zahar

YouTube Music baru-baru ini menerima kemaskini baharu dengan integrasi AI generatif. Ciri kecerdasan buatan ini membolehkan pengguna menjana imej kenit tersendiri untuk digunakan pada senarai main dan tidak lagi terhad dengan gambar dari album yang disediakan sahaja.

YouTube Music akan menyediakan beberapa tema seperti percutian, alam semula jadi, landskap, fantasi, haiwan atau juga yang berbentuk lucu. Selepas tema dipilih, beberapa prom akan disediakan seperti seperti pug “in the style of a Medieval Gothic painting” atau pug “in the style of a Pop Art painting”. Kemudian tekan “Create” untuk memilih beberapa imej yang telah dijana. Seterusnya tekan “save” untuk dijadikan imej kenit pada senarai main.

Buat masa ini, AI generatif pada YouTube Music hanya ditawarkan kepada pengguna berbahasa Inggeris di sekitar Amerika Syarikat sahaja. YouTube turut menyatakan kemaskini baharu ini akan ditawarkan ke negara lain di masa akan datang.

Komen