Cari @ Amanz

Windows Phone diperkenalkan pada 2010 sebagai percubaan Microsoft untuk memasuki arena peranti pintar seperti apa yang dilakukan oleh Google dan Apple pada waktu tersebut melalui sistem operasi Android dan iOS mereka.

Ia dianggarkan bahawa platform Windows Phone mempunyai seramai 1.5-1.8 juta pengguna apabila Microsoft memilih untuk menghentikan pembangunan sistem operasi tersebut, dimana sokongan untuknya juga ditamatkan secara rasmi pada tahun 2022.

Satya Nadella

Satya Nadella dilantik sebagai CEO Microsoft pada tahun 2014, dan telah membuat keputusan sukar untuk mematikan projek Windows Phone kerana jumlah pengguna yang terlalu kecil apabila dibandingkan dengan pengguna Android dan juga iOS.

Dalam sebuah temubual bersama Business Insider, Satya Nadella ditanya tentang salah satu daripada keputusan yang paling menyesal dibuat, dan beliau mengatakan bahawa Windows Phone merupakan penyesalan terbesarnya, mengatakan bahawa terdapat beberapa cara yang boleh dicuba untuk memberi nafas baru kepada produk tersebut, melihat kembali kepadanya.

Walaupun Windows Phone sudah berkubur, secara teknikalnya Microsoft telahpun memperkenalkan sebuah lagi produk gabungan tablet dan telefon mereka tersendiri, iaitu Microsoft Surface Duo dan Surface Duo 2 yang digerakkan menggunakan sistem operasi Android.

Sayangnya, model pertama Surface Duo sudahpun dianggap berada di pengakhiran hayat, dan ia tidak diketahui samada Surface Duo 2 akan menerima sebarang kemaskini baru selepas tamat tempoh sokongan rasmi dua tahun.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd