Meta kini di saman di Amerika Syarikat, dimana ia dikatakan platform sosial dibawah mereka seperti Facebook dan Instagram yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental dikalangan pengguna belia.
Sejumlah negeri di Amerika Syarikat memfailkan saman ke atas Meta. Ia dikatakan Meta tidak berlaku jujur kepada pengguna awam berkenaan bahaya yang dibawakan oleh produk mereka seperti Facebook dan Instagram.
Platform dibawah Meta dikatakan menyumbang kepada masalah kesihatan mental, termasuk melalui bentuk model yang memaksimakan pengguna terikat dengan platform tersebut, mengalakkan pengguna dalam “Like” dan komen, disamping turut lambat atau gagal dalam membuang kandungan berbentuk membuli.
Bercakap mengenai pemfailan saman ini, pihak Meta menyatakan mereka kecewa kerana pihak berkaitan tidak bekerjasama dalam membangunkan piawaian industri yang bersesuaian sebaliknya mengambil langkah memfailkan saman. Pada masa yang sama, Meta turut menyatakan menyediakan sejumlah ciri-ciri dalam menyokong para belia dan juga keluarga pada platform mereka dalam memberikan pengalaman penggunaan positif.