Carian
Honor Akan Lancarkan Komputer Riba Dengan Snapdragon X Elite Pertengahan 2024
October 26, 2023 Effi Saharudin

Di acara Snapdragon Summit pagi ini, CEO Honor George Zhou mengumumkan Honor akan melancarkan komputer riba pertama mereka dengan cip Snapdragon X Elite tahun depan. Mereka menyasarkan pelancaran komputer riba ini pada pertengahan 2024 dengan ia akan mempunyai kemampuan kecerdasan buatan dan ciri MagicRing yang berasaskan teknologi Snapdragon Seemless yang turut diumumkan semalam.

Snapdragon X Elite menurut Qualcomm adalah cip ARM untuk komputer mudah alih paling berkuasa di pasaran sekarang. Markah penanda aras yang telah dikongsi menujukan ia melangkaui kemampuan Apple M2 Max dan juga Intel i9-13980HK.

Kami akan cuba mengesahkan prestasi yang tinggi ini dalam sesi ujian terbuka yang telah dijadualkan dengan media hari ini. Setakat ini hanya Honor sahaja yang telah mengesahkan mereka akan menggunakan Snapdragon X Elite.

Komen