Amazfit dilihat mula mengacah kehadiran peranti baharu di Malaysia yang dijadualkan tiba pada 3 November 2023. Buat masa ini mereka sekadar berkongsi poster promosi tanpa butiran mengenai nama model. Sebaliknya sekadar menunjukkan rekabentuk untuk dua utas jam tangan bersama tarikh pelancaran.
Namun begitu imej dipaparkan jelas menunjukkan rekaan untuk Amazfit Active yang sebelum ini telah diumumkan secara global. Menguatkan spekulasi ini apabila kemasan warna hitam dan merah jambu diperlihatkan merupakan antara pilihan yang turut tersedia untuk peranti boleh pakai itu.
Sekiranya benar seperti yang dijangka peranti boleh didatangkan dengan pelbagai ciri menarik seperti skrin AMOLED, ketahanan bateri 14 hari, 120 mod sukan terbina, kemampuan GPS, kalis air 5ATM dan banyak lagi. Seperti biasa sama-sama nantikan kemaskini lanjut daripada pihak Amazfit sendiri bagi melihat penawaran disediakan kali ini.