Mark Zuckerberg hari ini berkongsi menyatakan Threads kini mempunyai hampir 100 juta pengguna aktif bulanan – sebuah angka yang sangat baik untuk sebuah perkhidmatan yang baru dilancarkan untuk tempoh 3 bulan.
Threads beroperasi dibawah Instagram, sekaligus membolehkan ia mencapai angka pengguna yang tinggi dengan pantas. Ia diposisikan sebagai salah satu alternatif untuk Twitter atau kini dinamakan sebagai X.
Berkongsi lanjut, Mark Zuckerberg turut menyatakan beliau melihat Threads boleh mencapai angka pengguna seramai 1 bilion dalam beberapa tahun, dan turut menjadi salah satu platform yang memfokuskan kepada perkongsian positif.
Dengan pelbagai masalah dan perubahan yang dialami di X, mungkin kita akan melihat lebih ramai beralih ke Threads. Meta sendiri agak aktif dalam memperkenalkan ciri-ciri baharu pada Threads – selari dengan apa yang diminta oleh pengguna tegar perkhidmatannya.