Hari ini di pameran HOMEDEC yang berlangsung di KLCC, Haier Malaysia telah melancarkan tiga televisyen baharu untuk pasaran tempatan. Setiap televisyen ini menjalankan sistem operasi Google TV, menyokong paparan warna Dolby Vision IQ dan juga sistem audio Harman Kardon 2.1 Surround. Haier turut menawarkan resolusi sehingga 4K dan sokongan kadar segar semula mencapai 120Hz melalui penawaran siri televisyen terbaru mereka ini.
Haier 98″ H98S900UX
Televisyen ini menggunakan panel HQLED bersaiz 98″ iaitu saiz paling besar pernah Haier membawa masuk ke pasaran Malaysia. Ia menyokong resolusi 4K 3840 x 2160, warna HDR melalui Dolby Vision IQ serta sistem audio Dolby Atmos Harmon Kardon 2.1 Surround.
TV ini turut mempunyai sistem mengawal peranti berhubung, iaitu Haismart serta mod permainan untuk mengaktifkan sokongan 120Hz. Untuk sambungan terdapat 2x port HDM 2.1, 2x HDMI 2.1 eARC dan 2x USB-A 2.0. Google Chromecast dan kawalan menggunakan suara melalui Google Assistant turut disediakan melaluinya.
Menurut Haier, walaupun panel yang digunakan bukan jenis OLED tetapi hasil warna hitam masih lagi gelap dan akan memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan. Pengguna turut dijamin tidak akan melihat tompok warna kerana sistem pemalapan lokal penuh yang ada pada panel skrin.
Haier 65″/55″ H65C900UX
Televisyen seterusnya mempunyai dua pilihan saiz iaitu 65″ dan 55″. Kedua-dua TV ini menggunakan panel OLED beresolusi 4K, paparan warna HDR dengan Dolby Vision IQ serta sistem audio Dolby Atmos Harmon Kardon 2.1 Surround. Ia turut menyokong kadar segar semula adaptif 120Hz VRR untuk mod permainan yang lebih imersif.
Untuk sambungan, Haier menyertakan 4x HDMI 2.1m 2x HDMI 2.1 eARC VRR dan 1x USB-A 2.0. Ciri dan fungsi lain seperti Haismart, Google Assistant dan Chromecast adalah sama dengan model 98″. Keunikan pada model ini adalah ia menggunakan rekaan nipis serta speaker yang menghala ke hadapan.
HARGA
- Haier 98″ H98S900UX dijual pada harga RM29,999.
- Sempena pameran HOMEDEC, ia ditawarkan pada harga RM24,999 dengan percuma TV 55″ H55P750UX bernilai RM3,099.
- Haier 65″ H65C900UX dijual pada harga RM15,999.
- Sempena HOMDEC, ia boleh dibeli pada harga RM10,999 dan 50 pembeli pertama akan menerima PlayStation 5 Digital Edition bernilai RM2,069 berserta jaminan tambahan selama lima tahun.
- Haier 55″ H65C900UX dijual pada harga RM7,499.