Anda yang sedang mencari powerbank mudah alih serta boleh diselitkan di dalam poket, di sini Sharge Malaysia menyediakan pilihan baharu untuk semua. Melaluinya Sharge ICEMAG telah diperkenalkan dan boleh dibeli pada harga RM299 sebuah bermula 1 November 2023. Ketersediaan adalah menerusi pengedar sah Shargee di Lazada, Shopee dan TikTok.

Sharge ICEMAG merupakan sebuah powerbank berkapasiti 10,000mAh bersaiz kompak yang menjadikannya senang di bawa ke mana-mana. Ia dilengkapi teknologi MagSafe untuk pengecasan nirwayar yang serasi digunakan bersama peranti iPhone dan Android yang menyokong.

Terdapat juga kipas penyejuk terbina dengan kemampuan berputar pada kadar 8,000 RPM untuk pengaliran haba yang baik. Di samping sokongan lampu RGB terbina pula mampu memancarkan pencahayaan menarik sewaktu powerbank digunakan. Turut melengkapinya ialah port sambungan USB-C yang menyokong kuasa pengecasan 20W.