Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini berkongsi menyatakan terdapat bukti yang memperlihatkan TikTok secara sistematik menurunkan atau memadam kandungan yang pro-Palestin dari akaun Malaysia.
Selari dengannya, menteri telah mengarahkan SKMM untuk melakukan sebuah teguran khas terhadap pihak TikTok, selain mengaturkan pertemuan berkaitan isu berkenaan. Selain TikTok, teguran sama juga diarah untuk disampaikan kepada pihak Meta yang menguruskan Instagram dan Facebook.
Mengulas lanjut, menteri menyatakan terdapat sejumlah pengguna yang mengadu kepada TikTok berkaitan kandungan dan siaran langsung mereka berkaitan konflik Palestin yang diturunkan atau disekat. Ini termasuk ucapan PMX Anwar Ibrahim ketika himpunan baru-baru ini.
Menurut maklumbalas awal TikTok, ia dikatakan mempunyai gambar keganasan. Tetapi, mengikut penelitian lanjut berkaitan kandungan berkaitan, tiada sebarang gambar darah atau menggerunkan yang turut diturunkan.
Turut dikongsikan melalui media sosial, Menteri Fahmi Fadzil menyatakan sekiranya isu ini diabaikan pemilik platform berkenaan, beliau tidak teragak-agak untuk ambil pendekatan dan pendirian yang amat tegas.