Realme Mula Mengacah Kehadiran GT5 Pro – Dilengkapi Snapdragon 8 Gen 3
Amy Maizuraa
Pelancaran peranti Realme GT5 Pro dijangka boleh diadakan dalam masa terdekat. Hal ini dikatakan demikian kerana Realme dilihat mula mengacah kehadirannya secara terbuka menerusi beberapa kemaskini di Weibo.

Ia kelak akan dipasarkan sebagai peranti kelas mercu yang dijana oleh cip terkini Snapdragon 8 Gen 3. Hal itu disahkan oleh Realme menerusi satu entri yang dimuat-naik selepas cip tersebut diumumkan secara rasmi.
Selain itu peranti juga mungkin mempunyai sistem tri-kamera yang disusun kemas dalam bonggol kamera berbentuk bulat tebal. Sekilas pandang reka bentuknya di sini seakan mengambil inspirasi daripada peranti Huawei dengan kedudukan bonggol yang sepenuhnya sama.


Pada bahagian hadapan, skrin sejenis berlubang dan melengkung digunakan, yang juga menyokong kadar segar semula 144Hz. Resolusi pula boleh mencapai 1.5K yang dijangka mampu menyediakan pengalaman tontonan yang baik.
Kemampuan bateri dan sistem pengecasan turut dijangka menjadi tumpuan pada kali ini. Seterusnya kelak boleh memberi manfaat yang berganda kepada pengguna. Sungguhpun sudah diacah di dalam poster rasmi tarikh pelancaran peranti ini masih belum diumumkan.
[info] Sumber – Realme Weibo [/info]